Jiran-Jiran Saya

June 17, 2010

Saya mempunyai jiran yang ramai. Sesetengahnya Melayu, sesetengahnya Cina dan juga India. Jiran-jiran saya semuanya baik. Mereka tidak pernah bergaduh. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada orang-orang yang terpelajar dan kaya. Mereka tidak suka mencaci di antara sayu sama lain.

Jiran-jiran saya tidak membuat bising. Mereka tidak suka mengganggu ketenteraman orang lain. Mereka bercakap dengan suara yang sederhana supaya tidak menimbulkan kemarahan orang lain.

Jiran-jiran saya sentiasa bantu membantu di antara satu sama lain. Jika ada sesiapa yang sakit, mereka memanggil doktor untuk mengubatinya ataupun membawanya ke hospital secepat mungkin.

Saya sangat gembira bersama-sama jiran-jiran seumpama itu.

My Neighbours

April 23, 2010

I have many neighbours. Some of them are Malay, some are Chinese, and some are Indian.

My neighbours are good. They do not quarrel with one another. Most of them are educated and rich. They do not like against one another.

My neighbours do not make much noise. They do not like to disturb others. They speak softly so that others may not get angry.

My neighbours are also helpful to one another. If someone is ill, they call a doctor to attend to him or take him to the hospital as quickly as possible.

I am indeed very happy to live with such neighbours.

Guru Saya

March 4, 2010

Guru saya ialah seorang perempuan Cina. Namanya Cik Swee Moi. Dia berumur lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia seorang perempuan yang cantik. Dia sangat sayangkan murid-muridnya. Ia tidak memarahi murid-muridnya.

Cik Swee Moi sangat berminat mengajar murid-muridnya. Kadang-kadang dia menceritakan berbagai-bagai cerita yang menarik. Saya gemar mendengar cerita-ceritanya. Semua ceritanya mengandungi tauladan-tauladan yang berguna kepada kita.

Kadang-kadang Cik Swee Moi membawa kami pergi berkelah. Ke mana sahaja kami dibawa, ia cuba mengajar kami sesuatu perkara yang baru. Umpamanya, jika dia melihat sekuntum bunga, ia akan menerangkan kepada kami nama bunga itu.

Saya sungguh berbangga dengan guru saya, Cik Swee Moi itu.

My Teacher

February 11, 2010

My teacher is a Chinese lady. Her name is Miss Swee Moi. Miss Swee Moi is about twenty-five years old. She is a pretty lady. She loves her pupils very much. She never get angry with any of her pupils.

Miss Swee Moi enjoys teaching her pupils. Sometimes she tells many interesting stories. I like to listen to her stories. They help us to learn some useful lessons.

Sometimes Miss Swee Moi takes us out for a picnic. Wherever she takes us, she tries to teach us something new. For example, if she sees a flower she tells us the name of that flower.

I am indeed very proud of my teach, Miss Swee Moi.

Kampung Saya

December 14, 2009

Saya tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Pasir. Ia adalah sebuah kampung Melayu. Kebanyakan daripada penduduk di kampung itu adalah terdiri daripada kaum nelayan. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang menjadi petani.  Kaum perempuannya tinggal di rumah sahaja. Bagaimanapun, setengahnya ada menanam sayur-sayuran di halaman rumah.

Kehidupan penduduk di kampung saya adalah menyedihkan. Mereka bergantung kepada hasil tangkapan laut sebagai mata pencariannya. Beberapa bulan dalam setahun, laut bergelora. Ikan sangat sukar didapati ketika itu. Penduduk-penduduk menderita. Kadang-kadang berlaku ribut taufan dan memusnahkan rumah dan membunuh beberapa jiwa.

Bila saya dewasa kelak, saya akan meninggalkan kampung saya. Saya akan membawa bersama ibubapak dan adik beradik saya tinggal di Kota.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.