Guru saya ialah seorang perempuan Cina. Namanya Cik Swee Moi. Dia berumur lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia seorang perempuan yang cantik. Dia sangat sayangkan murid-muridnya. Ia tidak memarahi murid-muridnya.
Cik Swee Moi sangat berminat mengajar murid-muridnya. Kadang-kadang dia menceritakan berbagai-bagai cerita yang menarik. Saya gemar mendengar cerita-ceritanya. Semua ceritanya mengandungi tauladan-tauladan yang berguna kepada kita.
Kadang-kadang Cik Swee Moi membawa kami pergi berkelah. Ke mana sahaja kami dibawa, ia cuba mengajar kami sesuatu perkara yang baru. Umpamanya, jika dia melihat sekuntum bunga, ia akan menerangkan kepada kami nama bunga itu.
Saya sungguh berbangga dengan guru saya, Cik Swee Moi itu.
Tags: bahasa, Education, english, essay, inggeris, karangan, language, letter, malay, melayu, pendidikan, surat
Leave a Reply